[KEMASKINI] Pelancong Sri Lanka cedera ditimpa struktur bangunan runtuh

LocalTravel
4 Aug 2026 • 4:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] Pelancong Sri Lanka cedera ditimpa struktur bangunan runtuh

GEORGE TOWN – Dua mangsa yang cedera dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di tingkat satu sebuah premis perniagaan di Lebuh Armenian di sini hari ini disahkan pelancong warga Sri Lanka.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita berusia 55 dan 66 tahun.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelancong dan mereka dijadualkan pulang (Sri Lanka) esok. Mangsa diberikan rawatan awal di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengesahkan hubungan kedua-dua mangsa tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua individu cedera selepas ditimpa sebahagian struktur batu dan kayu yang runtuh dari tingkat satu sebuah premis perniagaan di Lebuh Armenian hari ini.

Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 1.17 tengah hari dan runtuhan melibatkan bahagian rasuk ‘beam’ di tingkat satu premis dua tingkat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post [KEMASKINI] Pelancong Sri Lanka cedera ditimpa struktur bangunan runtuh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved