Kanak-kanak terkunci dalam kereta diselamatkan di Tawau

17 Dec 2024 • 10:17 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sepasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terkunci dalam kereta selama sekitar 15 minit di Kg Airport Lama, pada Selasa.

Ketua BBP Tawau, Jemishin Ujin berkata, kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan itu dikeluarkan dari kereta jenis Proton Saga selepas pihaknya membuka pintu menggunakan peralatan khas.

Advertisement"Mangsa selamat dan diserahkan kepada keluarganya... Difahamkan, mangsa tertekan kunci dari dalam dan terkunci sekitar 15 minit,"katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, enam anggota Bomba dan sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 pagi menerusi MERS999.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Katanya, pasukan tiba di lokasi dalam tempoh dua minit dan segera melakukan operasi menyelamatkan mangsa tersebut.

Operasi kemudiannya ditamatkan jam 7.05 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.