Dua wanita cedera kereta masuk gaung

LocalCars
27 Dec 2024 • 2:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dua wanita cedera apabila kereta Proton Iriz yang mereka naiki diprcayai terbabas sendiri lalu masuk ke dalam gaung sedalam empat meter di Jalan Ranggu, pada pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata, kedua-dua wanita berusia 31 dan 33 tahun itu mengalami kecederaan ringan.

Advertisement“Pasukan berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan mereka sebelum dihantar ke Hospital Tawau dengan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Terdahulu, katanya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.40 pagi menerusi MERS 999.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Menurutnya, jentera tiba di lokasi sejauh 16 kilometer (km) itu pukul 7.57 pagi dan menamatkan operasi jam 8.19 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di tempat kejadian.