
Kota Kinabalu: Dua wanita didakwa di mahkamah, Jumaat, kerana menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
Erdawaty Zulkarnain, 40, dan Nor In Faruk, 55, yang dibawa ke hadapan Pendaftar Mahkamah Rita Kunsoi, didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi pada 5 Oktober lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS).
Erdawaty dan Nor In didakwa secara curang menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, iaitu kad kesihatan anak, kad pranatal ibu dan anak, dan buku rekod kesihatan ibu.
Kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu, boleh dihukum mengikut Seksyen 465 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Erdawaty dan Nor In.
Pegawai pendakwa Inspektor Albert Basiri, mencadangkan jaminan RM3,000 dengan dua penjamin bagi Erdawaty dan Nor In.
Dalam rayuan, peguam dilantik Carmen Khoo, yang mewakili Erdawaty, memohon jaminan rendah, mengatakan Erdawaty mempunyai enam anak dan merupakan seorang suri rumah.
Bagi Nor In, peguam dilantik Lim Ming Zhoong @ Lawrence turut memohon jaminan rendah, memandangkan tertuduh mempunyai sembilan anak dan bekerja sebagai tukang cuci.
Rita menetapkan 16 Okt untuk Erdawaty dan 19 Okt bagi Nor In untuk membuat pengakuan masing-masing di hadapan Majistret.
Rita turut melepaskan mereka masing-masing dengan ikat jamin RM1,000 dan dua penjamin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
