
Dua Gempa Bumi Gegar Taiwan
Dua siri gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Taiwan pada lewat petang tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Gempa pertama berlaku pada 6.10 petang, direkodkan pada koordinat 23.9° Utara dan 121.9° Timur, dengan magnitud 5.2 pada skala Richter.
Pusat gempa bumi itu terletak 109 kilometer Timur dari Taichung, Taiwan, dengan kedalaman 12 kilometer.
Tidak lama selepas itu, gempa kedua berlaku pada 6.53 petang, direkodkan pada koordinat sama, dengan magnitud 5.6 pada skala Richter.
Pusat gempa bumi itu terletak 110 kilometer Timur dari Taichung, Taiwan, dengan kedalaman 11 kilometer.
Bagaimanapun, METMalaysia menjelaskan tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: METMalaysia
The post Dua Gempa Bumi Gegar Taiwan appeared first on Siakap Keli.



