Gegaran turut dirasai di Tawau, Lahad Datu dan Semporna

5 May 2025 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Tiada sebarang kerosakan struktur dikesan di daerah ini susulan berlaku gempa bumi kuat yang dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada Sabtu malam - dianggarkan 28 kilometer (km) dari Tawau pada jam 8. 51 malam.

Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin hasil pemantauan pasukannya di beberapa lokasi utama di sini.

Antaranya, Hospital Tawau, hotel-hotel, institusi kewangan dan stesen minyak, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.11 malam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, sepasukan lima anggota beserta sebuah jentera ditugaskan bagi melakukan operasi pemantauan di beberapa kawasan, khususnya lokasi penting.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran gempa bumi dengan magnitud 6.1 itu dirasai di Tawau, Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya, namun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, tinjauan di beberapa laman sosial yang aktif di daerah ini mendapati banyak komen daripada penduduk mengatakan turut merasai gegaran kuat selama beberapa saat.

Antaranya, mereka yang tinggal di Batu 4 Jalan Apas, Kg Pasir Putih, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Balung, Sri Apas dan Sri Titingan dan Kg Inderasabah.