Dua Hari Berturut-Turut, Abang Jo Anjur Rumah Terbuka Di BCCK Buat Semua Warga Sarawak

21 Apr 2023 • 11:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rumah terbuka Premier Sarawak

Dua Hari Berturut-Turut, Abang Jo Anjur Rumah Terbuka Di BCCK Buat Semua Warga Sarawak. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan mengadakan rumah terbuka pada sambutan Aidilfitri tahun ini.

Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak dan isteri akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

image is not available
Kredit: Facebook

Diadakan dua hari berturut-turut di BCCK

Pejabat Premier Sarawak menerusi satu kenyataan, rumah terbuka pada hari raya pertama akan diadakan pada Sabtu, 22 April bermula 10.30 pagi hingga 4.00 petang dan akan diteruskan pada hari kedua, Ahad, 23 April dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

image is not available

Jangan lepaskan peluang ini!

Orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian kemas dan sopan di samping mematuhi arahan para penyambut tetamu atau ahli keselamatan yang bertugas.

image is not available

Selamat Hari Raya!

Baca lagi artikel menarik: