Dua hektar hutan berhampiran Plaza Tol Denai Alam terbakar

LocalEnvironment
26 Jan 2026 • 10:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kawasan hutan seluas kira-kira dua hektar berhampiran Plaza Tol Denai Alam, DASH terbakar pada Isnin. Foto: Bernama

SHAH ALAM - Kawasan hutan seluas kira-kira dua hektar berhampiran Plaza Tol Denai Alam, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di sini terbakar pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.58 tengah hari sebelum lapan orang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikerah ke tempat kejadian.

"Kesemua pegawai dan anggota telah bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera serta tangki air dan tiba di lokasi kejadian pada 1.22 tengah hari.

"Setibanya di lokasi, kebakaran itu melibatkan hutan dianggar seluas dua hektar dan api berjaya dikawal pada 3.40 petang," katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama