Dua individu ditemukan maut dalam sebuah kereta di stesen minyak

27 Feb 2024 • 9:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di stesen minyak berhampiran Muadzam Shah, Rompin hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang tadi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba pihaknya mendapati dua mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Proton Satria di kawasan letak kereta stesen minyak terbabit.

“Bomba telah membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan menyelamat dan menemukan seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved