Lelaki, Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Berkunci Di Parkir Stesen Minyak

27 Feb 2024 • 8:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki, Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Berkunci Di Parkir Stesen Minyak

Seorang lelaki dan seorang wanita dijumpai meninggal dunia dalam sebuah kereta pada Selasa.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, mangsa dipercayai pemandu dan penumpang ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Proton Satria Neo yang berkunci.

Tambah Zulfadli lagi, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan 4.10 petang.

Selepas menerima laporan, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah digerakkan ke lokasi untuk memberi bantuan.

“Pihak bomba bertindak membuka pintu menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian