Dua individu simpan, pindah barang curi dipenjara lapan bulan

8 Oct 2026 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua individu simpan, pindah barang curi dipenjara lapan bulan

Kota Kinabalu: Dua individu masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa dalam dua kes berasingan membabitkan menyimpan dan memindahkan barang curi secara tidak jujur.

Norhayati Zaidi, 26, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana menyimpan secara tidak jujur sepasang cermin mata dan dua helai pakaian milik Aszuad Zakaria di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sembulan Lama pada 12 Ogos, jam 1.50 petang.

Norhayati didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap dan selepas selesai menjalani hukuman, dia dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Dalam kes berasingan Mohd Sahifee Salim, 42, mengaku bersalah kerana memindahkan secara tidak jujur harta curi berupa sebotol Johnson’s Baby Bedtime Oil berwarna ungu berisipadu 125 mililiter dan dua botol Johnson’s Baby Bedtime Oil berwarna merah jambu berisipadu 125 mililiter milik Senia Saidi Ajamain.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai di Kampung Kalansanan, Inanam kira-kira jam 2 pagi pada 16 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pintu belakang kedai pengadu didapati terbuka selepas berlaku kejadian pecah masuk dengan beberapa barangan serta wang tunai dilaporkan hilang.

Sahifee ditangkap pada jam 9.45 malam, 29 September lalu.

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh sabitan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved