Dua juruterbang maut jet pejuang terhempas di pertunjukan udara

6 Sep 2026 • 3:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua juruterbang maut jet pejuang terhempas di pertunjukan udara

ATHENS: Sebuah jet pejuang Tentera Udara Greece terhempas di hadapan ribuan penonton ketika satu acara pertunjukan udara di utara Athens pada Sabtu hingga mengorbankan kedua-dua juruterbangnya.

Rakaman video cemas menunjukkan kepulan asap tebal menjulang tinggi dari lokasi kejadian yang terletak hanya beberapa ratus meter daripada kumpulan penonton.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa dua juruterbang berkenaan maut dalam kemalangan itu, manakala tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kalangan penonton mahupun penduduk di kawasan sekitar.

Jet dua tempat duduk jenis F-4 Phantom itu terhempas kira-kira dua kilometer di luar kawasan lapangan terbang, menurut kenyataan dua pegawai tempatan.

Kebakaran besar terus tercetus di kawasan tempat kejadian dengan 11 pesawat dan helikopter pemadam api dikerahkan bagi mengawal kebakaran tersebut yang mula merebak ke kawasan hutan berhampiran. 

Pembesar suara di pangkalan udara berkenaan menggesa orang ramai supaya segera meninggalkan kawasan tersebut, lapor media tempatan.

Insiden itu berlaku semasa acara Athens Flying Week, iaitu pertunjukan udara tahunan yang diadakan di Pangkalan Udara Tanagra. 

Baki acara pertunjukan bagi hari berkenaan telah dibatalkan serta-merta.

Berdasarkan laporan awal, pesawat tersebut terputus dua, dengan kebakaran dikesan berlaku di dua lokasi berasingan.

Rakaman daripada agensi penyiaran awam Greece, ERT menunjukkan jet F-4 berkenaan sedang melakukan berpusing  ke kanan pada ketinggian beberapa meter dari aras tanah beberapa saat sebelum ia terhempas lalu meletup menjadi bebola api.

Kepulan asap dilihat keluar dari jet itu sebelum ia secara tiba-tiba hilang kawalan dan terhempas ke tanah, menurut saksi kejadian kepada portal berita Greece, Oema.

Kira-kira 85 anggota bomba bersama 23 kenderaan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Jet F-4 berkenaan sedang mengambil bahagian dalam Athens Flying Week, iaitu acara tahunan yang menarik penyertaan pasukan penerbangan ketenteraan dan awam dari puluhan negara. – AGENSI

The post Dua juruterbang maut jet pejuang terhempas di pertunjukan udara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved