
JOHOR BAHRU – Dua lelaki cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pencawang elektrik di Jalan Kangkar Tebrau, Kawasan Perindustrian Tebrau 4 di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan sebelum diberikan rawatan awal oleh anggota bomba yang tiba di lokasi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.10 petang.
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi dan tiba enam minit kemudian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku insiden renjatan elektrik semasa kerja-kerja penyelenggaraan.
“Akibat insiden tersebut, seramai dua orang mangsa terkena renjatan elektrik,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan sama, anggota bomba memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum mereka dihantar ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, pihak pengurusan syarikat telah menghubungi keluarga masing-masing untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut dan akan memastikan mereka serta keluarga masing-masing mendapat sokongan sewajarnya.
“Ingatan dan doa kami bersama mereka dan keluarga, dengan harapan agar kedua-duanya diberikan kesembuhan segera,”kata TNB.-KOSMO! ONLINE
The post Dua kakitangan teknikal TNB cedera kena renjatan elektrik di pencawang appeared first on Kosmo Online.



![[KEMASKINI] 10 kawasan di JB ‘blackout’, pencawang TNB terbakar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-20.12.46-e1792152855683-1024x679.jpeg)

![[VIDEO] TNB sahkan kebakaran pencawang Kangkar Tebrau](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-19.41.21-1024x967.jpeg)
