Dua pekerja kontraktor cedera terkena renjatan elektrik ketika kerja penyelenggaraan

16 Oct 2026 • 8:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua pekerja kontraktor cedera terkena renjatan elektrik ketika kerja penyelenggaraan
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat dua lelaki yang cedera akibat renjatan elektrik di Jalan Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki dipercayai pekerja kontraktor cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pencawang elektrik di Jalan Kangkar Tebrau, di sini, pada Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Fadzil Yahya berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.10 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba enam minit kemudian.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi, didapati benar berlaku insiden renjatan elektrik ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan sehingga mengakibatkan dua lelaki dewasa cedera.

“Pasukan operasi memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 6.45 petang selepas keadaan di lokasi kejadian dipastikan selamat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved