Dua kanak-kanak ditemukan lemas di kawasan empangan

10 Aug 2026 • 12:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua kanak-kanak ditemukan lemas di kawasan empangan

SHAH ALAM, 10 OGOS: Dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang kelmarin ditemukan lemas di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan 1 Haizrul Rahmad berkata mangsa berusia 12 tahun ditemukan pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 2.12 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira dua meter sebelum seorang lagi kanak-kanak berusia 11 tahun ditemukan pada jam 2.33 pagi di kedalaman sama.

“Pihak bomba sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 10.36 malam tadi sebelum jentera bomba tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian,” katanya, lapor Harian Metro.

Haizrul berkata bapa mangsa memaklumkan kedua-dua kanak-kanak itu dikhuatiri lemas di kawasan empangan selepas basikal dan selipar milik mereka ditemukan di lokasi.

Susulan maklumat berkenaan, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan empangan terbabit.

Operasi berkenaan membabitkan 19 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Skudai termasuk pasukan PPDA yang menjalankan pencarian di dalam air.

Kedua-dua mangsa berjaya ditemukan pasukan PPDA sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, keluarga kedua-dua mangsa hadir ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pagi ini bagi menuntut jenazah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved