‘Sentuh’ wanita OKU: 2 lagi lelaki Rohingya diberkas

10 Aug 2026 • 3:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Sentuh’ wanita OKU: 2 lagi lelaki Rohingya diberkas

KEMAMAN – Dua lagi lelaki etnik Rohingya ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes rogol terhadap seorang gadis tempatan orang kelainan upaya (OKU) kategori intelektual yang tular pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kedua-dua suspek berusia 23 tahun itu ditahan di Kampung Besut, Chukai, di sini pada pukul 3 pagi tadi.

“Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan tiga lelaki etnik Rohingya ditahan polis bagi membantu siasatan kes jenayah seksual yang melibatkan mangsa berusia 23 tahun.

Kesemua suspek tersebut berusia 19 hingga 38 tahun turut ditahan reman selama lima hari sehingga lusa bagi membantu siasatan mengikut seksyen sama.

Insiden itu menyebabkan lebih 30 orang penduduk tempatan berkumpul sebagai tanda tidak puas hati berhubung kes tersebut di kawasan Flat Kampung Enjin Gergaji, Chukai di sini pada pukul 8.30 malam, kelmarin.

Mereka kemudiannya beredar secara aman selepas disuraikan anggota polis bertugas. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Sentuh’ wanita OKU: 2 lagi lelaki Rohingya diberkas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved