Dua Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Di Tanjong Karang

26 Oct 2024 • 11:49 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Di Tanjong Karang

SHAH ALAM, 26 Okt (Bernama) — Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata kehilangan kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu disedari keluarga kira-kira 6.50 petang sebelum dijumpai bapa mereka tiga jam kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222.

Sumber: Bernama