KULIM - Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, dua kanak-kanak yang lemas berusia 12 tahun manakala dua lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 dan lapan tahun dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
**media[3647743]**
Menurutnya, polis menerima maklumat pada jam 7.30 petang memaklumkan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang di kawasan tersebut.
"Maklumat awal yang kita diterima memaklumkan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang.
**media[3647742]**
"Pemeriksaan dilakukan mendapati dua kanak-kanak lelaki telah dibawa ke hospital manakala dua lagi dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
**media[3647738]**
Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.





