Dua kanak-kanak lemas terjatuh longkang

14 Sep 2026 • 9:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua kanak-kanak lemas terjatuh longkang
Polis menerima maklumat pada jam 7.30 petang memaklumkan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang Taman Desa Kayangan, Kulim. - Gambar hiasan

KULIM - Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, dua kanak-kanak yang lemas berusia 12 tahun manakala dua lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 dan lapan tahun dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, polis menerima maklumat pada jam 7.30 petang memaklumkan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang di kawasan tersebut.

"Maklumat awal yang kita diterima memaklumkan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati dua kanak-kanak lelaki telah dibawa ke hospital manakala dua lagi dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved