Dua lagi kanak-kanak jatuh longkang meninggal dunia

14 Sep 2026 • 11:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua lagi kanak-kanak jatuh longkang meninggal dunia

KULIM – Dua kanak-kanak yang dikejarkan ke Hospital Kulim selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini hari ini juga disahkan meninggal dunia.

Ia sekali gus menjadikan empat mangsa maut dalam kejadian itu.

Dua mangsa terbabit yang berusia lingkungan lapan dan 11 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala dua rakan mereka berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Kesemua mayat mangsa akan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan empat kanak-kanak dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan hari ini dengan dua daripada mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua kanak-kanak yang meninggal dunia masing-masing berusia lingkungan 12 tahun, manakala dua lagi yang berusia lapan dan 11 tahun dikejarkan ke hospital.

Kejadian turut tular menerusi beberapa gambar dan video di media sosial yang memaparkan mangsa dibawa naik dari longkang dan kawasan kolam tadahan oleh beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri. – KOSMO! ONLINE

 

The post Dua lagi kanak-kanak jatuh longkang meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved