
KULIM: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi, dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun turut terjatuh ke dalam longkang itu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring dalam makluman awal memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sebelum anggota dari Balai Polis Sungai Karangan bergegas ke lokasi.
Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati dua kanak-kanak telah dibawa ke hospital manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – UTUSAN
The post Dua kanak-kanak lemas terjatuh longkang appeared first on Utusan Malaysia.





