Dua kapal minyak UAE diserang di Selat Hormuz

14 Aug 2026 • 1:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua kapal minyak UAE diserang di Selat Hormuz

ABU DHABI – Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) mengesahkan dua kapalnya diserang ketika melalui Selat Hormuz semalam, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).Insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan keadaan berjaya dikawal.

Dalam satu kenyataan, ADNOC menekankan kepentingan melindungi keselamatan serta kesejahteraan pelaut, di samping memelihara kebebasan pelayaran dan keselamatan maritim.

Syarikat itu turut menggesa orang ramai mendapatkan maklumat hanya daripada sumber rasmi serta mengelak daripada menyebarkan khabar angin atau maklumat yang belum disahkan.

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengecam sekeras-kerasnya serangan berkenaan, lapor WAM.

Kementerian Luar UAE dalam satu kenyataan menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2817 yang menegaskan kepentingan kebebasan pelayaran serta menolak serangan terhadap kapal komersial atau tindakan menghalang laluan maritim antarabangsa.

Kementerian itu menegaskan bahawa tindakan menyasarkan kapal komersial dan menggunakan Selat Hormuz sebagai alat tekanan ekonomi atau ugutan merupakan perbuatan lanun oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, selain menjadi ancaman langsung terhadap kestabilan rantau itu dan keselamatan tenaga global.- Bernama

The post Dua kapal minyak UAE diserang di Selat Hormuz appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved