UAE kecam Iran serang dua kapal minyak milik syarikat Abu Dhabi

WorldPolitics
14 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UAE kecam Iran serang dua kapal minyak milik syarikat Abu Dhabi

DUBAI: Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat mengecam serangan Iran yang didakwa menyasarkan dua kapal yang mempunyai kaitan dengan syarikat minyak milik kerajaan Syarikat Minyak National Abu Dhabi  (ADNOC) ketika kedua-duanya melalui Selat Hormuz.

Iran telah mengenakan sekatan berkesan ke atas selat tersebut dan mahu mengenakan bayaran kepada pengguna yang melaluinya, langkah yang ditentang keras oleh Amerika Syarikat (AS). 

Iran sedang mengadakan rundingan dengan Oman mengenai pengaturan bagi pengurusan selat itu pada masa depan.

Kementerian Luar UAE dalam satu kenyataan mengecam apa yang disifatkannya sebagai serangan Iran yang bermusuhan yang menyasarkan dua kapal yang berafiliasi dengan ADNOC ketika melalui Selat Hormuz, tanpa kecederaan dilaporkan..

ADNOC mengesahkan dua kapalnya diserang ketika melalui laluan perairan itu pada petang Khamis, sambil memaklumkan bahawa keadaan telah berjaya dikawal, lapor agensi berita rasmi WAM. – AFP

The post UAE kecam Iran serang dua kapal minyak milik syarikat Abu Dhabi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved