Dua kemalangan serentak, laluan Setia Alam sesak teruk

28 Jul 2026 • 5:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua kemalangan serentak, laluan Setia Alam sesak teruk

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya sekitar Setia Alam di sini berdepan kesesakan teruk petang ini susulan dua kemalangan yang berlaku di kedua-dua arah laluan berhampiran susur keluar kawasan tersebut.

Berdasarkan perkongsian pengguna Threads, sebuah lori dilaporkan terbalik di Persiaran Setia Alam menghala ke Setia City Mall (SCM), manakala sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di laluan bertentangan menuju ke plaza tol.

Kedua-dua kejadian itu menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan, termasuk di laluan keluar dari Tol Setia Alam serta susur menuju ke Eco Ardence.

“Dari Tol Setia Alam menghala ke SCM ada lori terbalik dan dari Setia Alam menghala ke tol, kereta Myvi (pula) langgar pembahagi jalan. Kedua-dua arah sesak,” kata seorang pengguna.

Seorang pengguna lain memaklumkan kenderaan berat tersebut melintang di atas jalan berhampiran jejambat Sunsuria Forum sehingga menghalang lorong kanan dan tengah.

“Persiaran Setia Alam, hala masuk ke Setia Alam berhampiran Sunsuria Forum flyover (jejambat), lori melintang. Lorong kanan dan tengah terhalang,” katanya.

Keadaan itu turut mencetuskan rungutan orang ramai yang terperangkap dalam kesesakan luar biasa selepas keluar dari plaza tol.

“Jem (kesesakan) luar biasa selepas Tol Setia Alam. Susur ke Jaya Grocer Eco Ardence jem, kalau terus selepas tol pun jem. Ada apa?” soal seorang pengguna.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai kecederaan atau punca kedua-dua kemalangan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Dua kemalangan serentak, laluan Setia Alam sesak teruk appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved