Dua konsert, 145,000 penonton, Siti cipta rekod ASEAN, Asia

EntertainmentMusic
1 Nov 2026 • 10:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua konsert, 145,000 penonton, Siti cipta rekod ASEAN, Asia

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melakar satu lagi kejayaan manis apabila menerima dua pengiktirafan di peringkat serantau menerusi ASEAN Records dan Asia Records, hari ini.

Pengiktirafan berprestij itu diraih susulan kejayaan luar biasa dua konsert berskala mega miliknya iaitu Legacy 30 dan Gema Bumantara yang dipentaskan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, melakar sejarah menerusi rekod Jumlah Penonton Terkumpul Terbesar bagi Dua Konsert Stadium Solo oleh Artis Rakaman Berbahasa Melayu.

Rekod tersebut diraih selepas beliau berjaya mengumpulkan seramai 145,000 peminat menerusi penganjuran Legacy 30 pada 10 Januari 2026 dan Gema Bumantara pada 17 Oktober 2026, yang kedua-duanya diadakan dalam tempoh 10 bulan sahaja.

Dia juga turut memecahkan satu lagi rekod menerusi kategori Konsert Muzik Tradisional Solo Terbesar dan Paling Ramai Dihadiri oleh Artis Rakaman Wanita.

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Penasihat Rekod Asean dan Asia, Tan Sri Prof. Abdul Latiff Abu Bakar pada Malam Apresiasi meraikan Konsert Legacy 30 dan Gema Bumantara di sini, hari ini.

Kejayaan tersebut diraih selepas Konsert Tradisional Gema Bumantara berjaya menghimpunkan seramai 73,000 penonton dalam satu malam.

Pada konsert tradisional terbesar itu, Siti menyanyikan sebanyak 34 buah lagu tradisional secara solo dalam acara yang berlangsung selama tiga jam dan turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi jemputan Haziq Rosebi, Noraniza Idris, Lesti Kejora serta King Nassar.

Penganugerahan dua rekod peringkat ASEAN dan Asia tersebut sekali gus terus mengukuhkan status Siti Nurhaliza sebagai ikon seni yang terus memartabatkan martabat muzik Melayu di persada antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

The post Dua konsert, 145,000 penonton, Siti cipta rekod ASEAN, Asia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved