Siti Nurhaliza Terima Pengiktirafan ASEAN Records Dan Asia Records, Dua Konsert Himpun 145,000 Penonton

2 Nov 2026 • 1:36 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Siti Nurhaliza Terima Pengiktirafan ASEAN Records Dan Asia Records, Dua Konsert Himpun 145,000 Penonton

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta pencapaian membanggakan apabila disenaraikan dalam ASEAN Records dan Asia Records menerusi dua rekod berkaitan penganjuran konsert solonya.Pengiktirafan tersebut merangkumi jumlah penonton gabungan terbesar bagi dua konsert solo stadium oleh artis rakaman berbahasa Melayu serta konsert solo muzik tradisional terbesar dan paling ramai penonton oleh artis rakaman wanita.Bagi rekod pertama, Konsert Legasi 30 yang berlangsung pada 10 Januari lalu dan Gema Bumantara pada 17 Oktober lalu menghimpunkan keseluruhan 145,000 penonton dalam tempoh 10 bulan.Pencapaian itu meletakkan kedua-dua persembahan berkenaan sebagai pemegang rekod jumlah penonton gabungan terbesar bagi dua konsert solo stadium oleh artis rakaman berbahasa Melayu.Sementara itu, Gema Bumantara turut mencatat rekod tersendiri apabila menerima kehadiran 73,000 penonton.Konsert tersebut menyaksikan Siti mempersembahkan 34 lagu tradisional sepanjang tiga jam 30 minit pada 17 Oktober lalu.Persembahan berkenaan diiktiraf sebagai konsert solo muzik tradisional terbesar dan paling ramai penonton oleh artis rakaman wanita.Pengiktirafan itu diterima pada Malam Apresiasi Konsert Legasi 30 dan Konsert Gema Bumantara yang berlangsung malam tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved