Dua Lagi Mangsa Berjaya Diselamatkan Dari Dalam Terowong Selepas Banjir Besar Nepal

WorldEnvironment
28 Aug 2026 • 7:29 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Dua Lagi Mangsa Berjaya Diselamatkan Dari Dalam Terowong Selepas Banjir Besar Nepal

RASUWA, NEPAL – Detik cemas ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Rasuwa dirakam apabila anggota Tentera Nepal berjaya membawa keluar dua individu yang masih terperangkap di dalam terowong projek hidroelektrik.

Rakaman yang dikongsikan Pejabat Perdana Menteri Nepal itu menunjukkan anggota penyelamat meredah kawasan yang dipenuhi lumpur sebelum menghampiri mangsa dan membantu mereka keluar dari kawasan berbahaya.

Kejadian berlaku selepas banjir besar melanda kawasan Sungai Bhotekoshi pada Rabu, menyebabkan sejumlah pekerja dan penduduk terperangkap di dalam terowong projek Upper Trishuli Hydropower.

Ratusan Berjaya Diselamatkan

Dalam operasi berkenaan, 350 pekerja dan penduduk telah berjaya diselamatkan, namun lebih 100 orang lagi masih dipercayai berada di dalam terowong. Pasukan Tentera Nepal terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan yang mencabar.

Keadaan di lokasi turut menyukarkan pasukan penyelamat untuk mengenal pasti laluan masuk ke terowong akibat kemusnahan yang berlaku selepas banjir.

Dua helikopter turut digunakan bagi membantu operasi menyelamat mangsa yang masih terperangkap.

Usaha menyelamat masih diteruskan ketika pasukan penyelamat berlumba dengan masa untuk membawa keluar mangsa yang masih berada di dalam terowong. – The Malaysian Update

The post Dua Lagi Mangsa Berjaya Diselamatkan Dari Dalam Terowong Selepas Banjir Besar Nepal appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved