Lima hari padam kebakaran tanah gambut Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 6:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima hari padam kebakaran tanah gambut Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove

KOTA TINGGI – Kebakaran tanah gambut di kawasan seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Punggai – Sebana Cove yang berlarutan sejak lima hari lalu berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.

​Komander Operasi, PPgB Umar Hafiz Roslee Amir berkata, operasi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Punggai, Sungai Rengit dan Bandar Penawar itu ditamatkan pada pukul 12.07 tengah hari.

Katanya, antara agensi lain yang terlibat dalam operasi sama adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Ranhill SAJ.

​”Kebakaran yang menjejaskan sektor A seluas 35.6 hektar di tepi jalan utama dan sektor B seluas 15.8 hektar di sempadan kawasan berjaya dipadamkan 100 peratus.

“Pemantauan berterusan mendapati tiada lagi sebarang kebakaran baru di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Katanya, kejayaan pemadaman secara ‘direct attack’ dan kawalan 24 jam itu dilaksanakan menerusi strategi pembahagian tiga seksyen dan pembinaan ‘fire break’ bagi menghalang api daripada merebak.

Menurut beliau, meskipun berdepan cuaca panas, angin kencang, laluan sempit, tanah lembut dan tiada punca air terbuka, pasukan bomba berjaya mengatasi halangan tersebut dengan menggunakan 12 ‘water tanker’ yang disalurkan secara ulang-alik. – KOSMO! ONLINE

The post Lima hari padam kebakaran tanah gambut Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved