Dua lelaki diburu lari dari Puspen Dengkil

27 Aug 2026 • 10:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua lelaki diburu lari dari Puspen Dengkil

SEPANG – Dua lelaki diburu selepas dipercayai melarikan diri dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Dengkil di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mior Mohd. Nor Azuan Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan itu kira-kira pukul 8.40 pagi.

“Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dua lelaki melarikan diri dari Puspen Dengkil.

“Susulan itu, usaha mengesan dan menjejaki kedua-dua lelaki tersebut sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata, kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak berkuasa dalam usaha mengesan kedua-dua individu terbabit.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222. – KOSMO! ONLINE

The post Dua lelaki diburu lari dari Puspen Dengkil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved