
SEPANG: Dua lelaki dipercayai melarikan diri dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil di sini pagi tadi dan kini sedang dikesan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mior Mohd Nor Azuan Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.
Beliau berkata, kedua-dua individu terbabit didapati melarikan diri dari pusat pemulihan berkenaan dalam kejadian yang masih dalam siasatan.
“Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dua lelaki yang melarikan diri dari PUSPEN Dengkil.
“Susulan itu, usaha mengesan dan menjejaki kedua-dua lelaki berkenaan sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan berhubung kejadian tersebut.
Mior Mohd Nor Azuan berkata, kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak berkuasa mengesan kedua-dua individu terbabit.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mereka diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222,” katanya. – UTUSAN
The post Dua penghuni PUSPEN Dengkil larikan diri, polis giat kesan appeared first on Utusan Malaysia.


![[KEMAS KINI] Lelaki maut jatuh kondo, mayat isteri, 2 anak dalam bilik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/PESARA-POLIS-MENINGGAL-DUNIA-1024x771.jpeg?v=1779157200)



