Dua lelaki ditahan cuba curi kabel di Jam Besar

LocalPolitics
22 Mar 2026 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kegiatan lelaki itu disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan.

SUNGAI PETANI - Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran Dataran Jam Besar di sini, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kegiatan lelaki berusia 42 dan 44 tahun itu disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan kira-kira 4 petang Sabtu, di kawasan tersebut.

"Lokasi kejadian kira-kira 80 meter dari jam besar, apabila penutup lubang kumbahan (manhole) didapati terbuka dan kedua-dua suspek ditemui berada di dalamnya.

"Kedua-dua suspek dipercayai adik-beradik dan semakan rekod kesalahan lampau mendapati masing-masing mempunyai 12 rekod berkaitan dadah," katanya

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved