Dua lelaki gotong royong bersihkan jalan lepas bakar mercun malam Deepavali

1 Nov 2024 • 5:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dua lelaki gotong royong bersihkan jalan

Tindakan dua lelaki gotong royong bersihkan jalan selepas membakar mercun pada malam Deepavali telah mendapat pujian ramai kerana dia tidak membiarkan sahaja ia bersepah di kawasan tersebut.

Sisa sampah mercun depan rumah

Dalam perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai Arvin 9300jb, dia telah memuat naik video sewaktu dua lelaki yang memegang penyapu telah bersama-sama membersihkan jalan di kawasan perumahan yang dipenuhi dengan sisa sampah dari mercun yang dibakar.

Dua lelaki gotong royong bersihkan jalan, tak biarkan saja sampah

Menerusi video tersebut, mereka berdua bersungguh-sungguh mengaut semua sampah yang ada agar jalan raya terbabit kembali bersih tanpa terdapat kesan-kesan berwarna merah.

image is not available

Dua lelaki gotong royong bersihkan jalan, sampah mercun segera disapu

Melihat dari kuantiti sampah yang disapu, boleh dijangka berapa banyak mercun dibakar pada malam perayaan tersebut dan pastinya ia memakan modal yang cukup tinggi.

Sampah-sampah yang telah disapu diperhatikan telah dikumpul di beberapa bekas agar memudahkan urusan membuangnya bagi memastikan ia tidak terus bersepah di kawasan jalan di hadapan peruman tempat tinggal mereka.

Ini baru betul!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan dua individu berkenaan kerana memahami konsep berjiran lebih-lebih lagi berkaitan sampah sarap.

Mereka juga berharap agar tindakan yang dilakukan dua individu terbabit dijadikan contoh supaya kehidupan bermasyarakat lebih harmoni terutamanya di kawasan perumahan yang pastinya berbilang bangsa.

image is not available

Yang penting keselesaan jiran2

image is not available

Ada jiran yang minta maaf lagi sebab bising

image is not available

memang respect jiran macam ni!

image is not available

Deepavali yang disambut pada 31 Oktober lalu sememangnya cukup meriah apabila kedengaran letupan-letupan bunga api serta mercun sebelum malam pesta cahaya berkenaan.

Sememangnya, bunga api serta mercun sangat sinonim dengan perayaan atau sambutan di Malaysia dan ia menjadi satu kemeriahan buat semua walaupun tidak menyambutnya.

Sumber: TikTok Arvin 9300jb