Dua lelaki lemas ketika mandi-manda di sungai tonggang

24 Oct 2026 • 7:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua lelaki lemas ketika mandi-manda di sungai tonggang

Dua lelaki ditemukan lemas selepas mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan, hari ini.

IPOH: Dua lelaki ditemukan lemas selepas mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan mangsa berumur 42 dan 50 tahun itu pada 2.55 petang.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba perlu berjalan kaki menyusuri denai hutan sejauh 600 meter bagi menghampiri kedua-dua mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sungai.

“Pasukan penyelamat kemudian membawa keluar kedua-dua mangsa dari seberang sungai sebelum kematian mereka disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved