Dua lelaki lemas ketika mandi sungai

24 Oct 2026 • 7:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua lelaki lemas ketika mandi sungai
Dua lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan pada Sabtu. Foto: JBPM Perak
Image from: Dua lelaki lemas ketika mandi sungai
Kedua-dua mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di tepi sungai sewaktu pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian. Foto: JBPM Perak

IPOH – Dua lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan di sini pada Sabtu.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Razani Wan Yahaya, 42, dan Rishi Masdi Zaidi, 50, masing-masing berasal dari Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat serta membawa keluar mangsa.

“Anggota terpaksa bergerak sejauh kira-kira 600 meter melalui laluan hutan untuk sampai ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota menemukan dua lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

**media[3688302]**

Beliau berkata, ketua operasi mengarahkan anggota memakai peranti apungan peribadi (PFD) sebelum kerja membawa keluar mangsa menggunakan pengusung dijalankan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang turut dibantu polis tamat pada jam 5 petang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved