Dua lelaki maut, lori muatan baja jatuh gaung

13 Jul 2023 • 8:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan lori muatan baja yang terjunam ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan.

BELURAN - Dua lelaki maut selepas lori muatan baja yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pemandu lori berusia 44 tahun bersama seorang penumpang berusia 25 tahun maut di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata, lori muatan baja itu dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Paitan.

"Siasatan di lokasi kejadian mendapati lori itu mengalami masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi sebelum terbabas dan masuk ke dalam gaung," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Beluran untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved