
BELURAN: Dua maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori terbabas sendiri membawa muatan baja di Jalan Beluran - Paitan pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa yang maut iaitu pemandu lori berusia 44 tahun dan penumpang dalam lingkungan 25 tahun.
Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lori dengan muatan baja tersebut bergerak dari arah Lahad Datu menuju ke Paitan.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati sebuah lori yang membawa muatan baja telah hilang kawalan kemudian terbabas sebelum masuk ke dalam gaung dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi," katanya dalam kenyataan media.
SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
