Dua Maut, Lori Terbabas Masuk Gaung Akibat Hilang Kawalan

13 Jul 2023 • 10:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Maut, Lori Terbabas Masuk Gaung Akibat Hilang Kawalan

Akibat brek gagal berfungsi, sebuah lori yang membawa muatan baja hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung menyebabkan dua maut dalam kemalangan di Jalan Beluran-Paitan di Beluran pada Khamis, lapor Awani.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim bin Muda, pemandu lori berusia 44 tahun dan penumpang, 25 tahun dilaporkan maut dalam kejadian kira-kira 9 pagi akibat mengalami cedera parah di badan.

Hasil siasatan mendapati lori itu dipercayai hilang kawalan dan dalam perjalanan menuju ke Paitan dari Lahad Datu.

“Kemudian lori itu terbabas dan masuk ke dalam gaung dipercayai akibat mengalami masalah teknikal iaitu brek gagal berfungsi.

“Akibat kejadian tersebut pemandu dan penumpang telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

image is not available
Kredit: Awani

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, mayat mangsa telah ditempatkan di bilik mayat Hospital Beluran. Sementara itu, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua Maut, lima parah dalam kemalangan babitkan bas dan kereta

Sebelum ini media melaporkan dua maut dan lima penumpang bas cedera parah akibat kemalangan.

Kejadian itu melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah kereta di Kilometer 285.5, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, 5.25 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai DSP Mat Ghani Lateh berkata pemandu bas iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang penumpang bas wanita warga Indonesia berumur 42 tahun, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata seramai 14 penumpang warga asing antara mangsa kemalangan itu iaitu terdiri daripada empat warga Indonesia, Singapura (tiga), Kanada (dua), Filipina (tiga) serta masing-masing seorang dari China dan Sepanyol.

Katanya hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah bas persiaran milik Syarikat LA Holidays Travel & Tours Sdn Bhd membawa 20 orang penumpang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Singapura menuju Kuala Lumpur.

Sementara itu lima penumpang dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala 13 penumpang lain cedera ringan.

Sumber: Awani