
Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut apabila Toyota Vios dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang Telekom dan papan tanda tepi jalan di Jalan Pintas Bulatan Kg Kopungit, di sini, Rabu.
Mangsa dalam kemalangan yang berlaku 26 minit selepas tengah malam itu dikenal pasti berusia 27 tahun.
Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bertindak pantas terhadap panggilan kecemasan, dan tiba di lokasi dalam tempoh empat minit.
Sepasukan 13 anggota bomba, diketuai Masri Gari, berusaha mengeluarkan mangsa menggunakan alat penyelamat khusus.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Pemandu lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan daripada Kementerian Kesihatan.
Identiti penuh mangsa belum didedahkan setakat laporan ini.
Pihak polis dan Sabah Electricity Sdn Bhd turut hadir di tempat kejadian.
Operasi ditamatkan pada 1.20 pagi selepas pasukan memastikan kawasan itu selamat.
Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun terbunuh dalam kemalangan di Jalan Putra Mas Telipok, di sini, Selasa.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Kasim Muda dalam satu kenyataan, di sini, Rabu, berkata penemuan awal menunjukkan lelaki itu dalam perjalanan dari jalan Pan Borneo menghala ke bandaraya ketika kemalangan 8.28 malam itu berlaku.
Siasatan awal menunjukkan motosikal itu terbabas ke sebelah kanan jalan, dipercayai berkelajuan tinggi, sebelum merempuh laluan konkrit pejalan kaki.
Penunggang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


