Pemandu lori simen maut rempuh tembok pagar rumah

7 Aug 2024 • 11:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Seorang pemandu lori maut akibat tersepit apabila lori simen dipandunya terbalik selepas merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Batai Barat, Bukit Damansara di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas Rosdi Yussof berkata mangsa berusia 67 tahun dikenali sebagai Samsul Ispur dari Rawang, Selangor itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan polis, petugas Kementerian Kesihatan dan kren daripada pihak pengurusan lori tersebut.

“Panggilan kecemasan diterima pada 3.25 petang dan sebuah jentera dengan enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved