Dua lelaki maut tertimbus tebing runtuh

21 May 2026 • 9:16 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua lelaki maut tertimbus tebing runtuh

KOTA BHARU, 21 MEI: Dua lelaki maut tertimbus dalam runtuhan tebing tanah di kawasan anak sungai dekat Ladang Sawit Jerimbong, Jeli semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Izuan Che Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 8.20 malam.

Beliau berkata mangsa berusia 32 dan 38 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tertimbus dalam tanah setinggi dua meter.

"Mayat mangsa pertama dijumpai pada 9.25 malam manakala mayat mangsa kedua pada 11.18 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.