
Dua lelaki dilaporkan maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tebing tanah setinggi kira-kira dua meter ketika dipercayai sedang menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli pada malam Rabu.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Adni Ibrahim, seorang lagi mangsa dilaporkan selamat.
Beliau berkata, operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan ladang berikutan laluan sempit, menyebabkan pasukan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux untuk masuk ke lokasi.
“Operasi pencarian dimulakan pada jam 9.20 malam dan didapati benar terdapat dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tebing tanah di kawasan anak sungai,” katanya.
Baca juga:
‘Siapa kata pejuang sumud tiada taring?’ – Syed Saddiq
Presiden PTM nafi dakwaan tular isu salah guna kuasa, minta wang
Kapal SS Free Gaza dan SS Liberty cipta sejarah tembusi sekatan Israel ke Gaza pada 2008
Mangsa pertama berjaya ditemukan pada jam 9.25 malam, manakala mangsa kedua ditemui pada jam 11.18 malam.
Kedua-dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sumber: Sinar Harian
The post Dua lelaki maut tertimbus runtuhan tebing tanah ketika lombong emas di Jeli appeared first on The Reporter.






