Dua lelaki, seorang wanita dicekup khalwat di hotel

17 Oct 2026 • 9:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua lelaki, seorang wanita dicekup khalwat di hotel
Dua lelaki dan seorang wanita ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel di daerah ini.

MUAR – Dua lelaki dan seorang wanita ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel di daerah ini.

Menurut JAINJ dalam kenyataannya, ketiga-tiga individu berusia antara 18 hingga 25 tahun itu ditahan ketika dalam pemeriksaan di hotel berkenaan, pada kira-kira jam 11.05 malam, baru-baru ini.

"Penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira tujuh minit sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki yang berada di dalamnya.

“Penguat kuasa memperkenalkan diri sebelum masuk untuk pemeriksaan lanjut. Apabila diperiksa, keadaan bilik didapati gelap dan hanya diterangi cahaya dari tandas,” menurut perkongsian itu.

Pemeriksaan lanjut menemukan seorang wanita sedang berbaring di atas katil bujang, manakala seorang lagi lelaki berada di atas tilam yang diletakkan di lantai.

“Ketiga-tiga mereka bukan pasangan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram.

"Pemeriksaan turut mendapati bilik itu pada asalnya mempunyai dua katil bujang, namun tilam daripada salah sebuah katil telah dialihkan ke lantai.

"Ketika ditanya mengenai tujuan mereka berada bersama di dalam bilik itu, ketiga-tiganya memberikan alasan hanya berehat.

“Apabila ditanya apa yang dilakukan mereka bertiga di dalam bilik itu, mereka berkata hanya berehat-rehat,” menurut perkongsian itu.

Menurut JAINJ, ketiga-tiga individu berkenaan dipercayai tinggal tidak jauh dari hotel terbabit, dengan seorang berasal dari Muar manakala dua lagi dari kawasan berhampiran dalam daerah Tangkak.

JAINJ turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mengambil ringan soal batas pergaulan, selain menekankan kepentingan pendidikan agama dan peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak sejak di rumah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berkaitan kegiatan maksiat di Johor boleh menghubungi talian 07-2076429, dengan identiti pengadu dirahsiakan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved