Dua lori balak ditahan di Ranau

LocalEnvironment
30 Jul 2025 • 3:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lori dengan muatan balak di Kampung Randagong, Ranau dalam Operasi Khazanah pada jam 1.30 pagi 23 Julai.

Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata, kedua-dua lori balak berkenaan ditahan kerana tidak mempunyai pas memindah balak (Removal Pass) dan kebenaran bergerak selepas jam 7 malam - 7 pagi dari Jabatan Perhutanan.

Frederick mengulas sekali gus menepis laporan tular di platform digital mengenai rampasan dua lori dengan muatan balak yang bernilai RM2.68 juta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kedua-dua lori balak telah mengangkut dan memindahkan 59 batang balak.

“Siasatan lanjut oleh Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan semua balak merupakan keluaran dari lesen membalak Borang I pelesen Sabah Energy Corporation Sdn Bhd di daerah Sipitang dan semua bayaran royalti berjumlah RM4,732.70 telah dijelaskan kepada Kerajaan Negeri.

“Merujuk harga pasaran pemprosesan kayu kayan domestik, JPS mengesahkan nilai komersial semua balak dianggarkan berjumlah RM 31,600,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dikenakan denda RM1,600 kerana kesalahan memindahkan balak tanpa permit dan tidak memiliki kebenaran bergerak pada waktu yang ditetapkan.

Frederick menegaskan JPS sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hasil hutan negeri dilindungi dan aktiviti pembalakan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.