Dua pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat di Kunak

25 Jul 2025 • 8:40 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Dua pasangan disyaki berkhalwat ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) di dua hotel berasingan di sini malam Khamis.

Pegawai Tadbir Agama Jheains Kunak, Mohd Jeffery Hamad berkata antara yang ditahan ialah seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai sudah beristeri bersama seorang wanita bukan mahram.

Pasangan lain yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Operasi yang berlangsung dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam itu menyasarkan lokasi berisiko, dan hasil serbuan mendapati dua bilik dihuni pasangan bukan mahram dalam keadaan mencurigakan.

Semua individu dibawa ke Pejabat Jheains Kunak untuk tindakan lanjut di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995, dan Jeffery menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat bagi membantu usaha pencegahan ini.