Dua majikan menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah didenda 

2 Sep 2026 • 5:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua majikan menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah didenda 

Kota Kinabalu: Dua majikan masing-masing didenda oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan berasingan menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Mahkamah mengenakan denda RM10,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PTI) yang digajikan.

Seorang daripada majikan terbabit didenda RM10,000 kerana menggaji seorang pekerja asing tanpa dokumen perjalanan yang sah manakala seorang lagi didenda keseluruhan RM30,000 kerana menggaji tiga pekerja asing tanpa dokumen.

Kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63.

Seksyen berkenaan memperuntukkan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang digajikan jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pendatang asing tanpa izin kerana membenarkan mereka tinggal di premis di bawah kawalan masing-masing.

Lelaki berkenaan didenda keseluruhan RM10,000 manakala wanita terbabit didenda RM5,000 bagi seorang PTI.

Kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan dilakukan di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Keningau dalam operasi berasingan yang dijalankan pihak berkuasa.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Mohd Sharifuddin Salim mengendalikan pendakwaan manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved