Warga asing Terengganu masuk pukat

31 Aug 2026 • 10:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga asing Terengganu masuk pukat

DUNGUN – Jabatan Imigresen (JIM) Terengganu memeriksa sebanyak 4,884 warga asing menerusi 334 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri dari Januari hingga 15 Ogos, kata Pengarahnya Mohd. Yusri Mohd. Nor.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,257 pendatang tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dengan 522 daripadanya tidak memiliki dokumen atau permit yang sah, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi menyasarkan kawasan berisiko seperti tapak pembinaan, rumah kediaman yang menggaji warga asing, premis perniagaan, kawasan perladangan dan perumahan.

“Operasi dilakukan secara bersepadu dengan kerjasama agensi seperti Majlis Keselamatan Negara, pihak berkuasa tempatan dan Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, sebanyak 317 lagi ditahan kerana tinggal lebih masa mengikut Seksyen 15(4) akta sama manakala 372 ditahan kerana salah guna pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan 46 atas pelbagai kesalahan lain.

Selain itu, beliau berkata, JIM Terengganu membuka 207 kertas siasatan berkaitan kesalahan imigresen sepanjang tempoh tersebut manakala kompaun berjumlah RM2.887 juta dikutip.

Mohd Yusri berkata, sebanyak 727 individu telah didakwa di mahkamah terdiri daripada 707 pendatang tanpa izin dan 20 majikan yang mengambil atau melindungi pendatang asing tanpa izin, dengan denda berjumlah RM602,000 direkodkan setakat ini.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata operasi bersepadu di Bukit Besi, dekat sini pada 11 Ogos telah memeriksa 99 warga asing dengan 49 daripadanya ditahan terdiri daripada 24 rakyat Bangladesh, Indonesia (17), Myanmar (tujuh) dan seorang India. – Bernama

The post Warga asing Terengganu masuk pukat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved