
SHAH ALAM, 9 OKT: Dua individu kritikal manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori 10 tan dan 11 kereta di lampu isyarat Alam Budiman, Jalan Mokhtar Dahari, Seksyen U10, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata empat mangsa itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dengan seorang lelaki mengalami kecederaan kritikal di kepala.
"Seorang mangsa wanita cedera di kepala dan separa kritikal manakala dua lagi mangsa lelaki cedera ringan dan cedera di bahagian perut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.31 petang dan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bergegas ke lokasi dan tiba jam 4.47 petang.
"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut," katanya.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam.



![[KEMASKINI] Identiti dua wanita rentung dikenal pasti](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/rentung-kereta-terbakar-1024x768.jpeg)

