Lori 10 tan rempuh 11 kereta di Persiaran Mokhtar Dahari

LocalCars
9 Oct 2026 • 7:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Lori rempuh kereta

SHAH ALAM: Sebuah lori 10 tan muatan bahan binaan dipercayai mengalami masalah brek dan hilang kawalan lalu merempuh deretan kenderaan di arah bertentangan yang sedang berhenti pada lampu isyarat merah di Persimpangan Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan empat mengalami kecederaan selepas lori terbabit merempuh 11 kenderaan dari arah Puncak Alam menghala ke Shah Alam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan.

Katanya, seorang lelaki mengalami kecederaan kritikal di kepala, seorang cedera di bahagian perut dan seorang lagi cedera ringan. Sementara mangsa wanita mengalami kecederaan separa kritikal di bahagian kepala.

“Komander operasi melaporkan, terdapat 12 kenderaan terlibat, 11 buah kereta pelbagai jenama dan sebuah lori 10 tan. Terdapat empat orang mangsa yang terlibat iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ashrul memaklumkan, sebelum itu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.31 petang dan menggerakkan sepasukan empat termasuk pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong ke tempat kejadian.

Terdahulu, tular rakaman daripada pengguna jalan raya menunjukkan lori terbabit dalam perjalanan dari arah Shah Alam menghala ke Puncak Alam mengelak kenderaan lain lalu memasuki laluan bertentangan.

Bagaimanapun, lori berkenaan gagal berhenti lalu merempuh deretan kenderaan di hadapannya.

Sementara itu Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut. – UTUSAN

The post Lori 10 tan rempuh 11 kereta di Persiaran Mokhtar Dahari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved