
BESUT – Dua wanita dipercayai pemilik kolam ikan dan pelajar praktikal maut disyaki akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Air Tawar, Kuala Besut hari ini.
Insiden mengorbankan kedua-dua mangsa yang masih belum dikenalpasti identiti dikatakan berlaku pada pukul 1 tengah hari.
Mayat dua wanita terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut, di sini untuk tindakan lanjut.
Setakat ini pihak berkuasa masih belum membuat apa-apa pengesahan. – KOSMO! ONLINE
The post Dua maut terkena renjatan elektrik di kolam ikan appeared first on Kosmo Online.



![[KEMASKINI] Bekas Exco MBM, pelajar praktikal maut terkena renjatan elektrik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/renjatan-elektrik-e1789300139267-1024x675.jpeg)


