Dua maut tersepit akibat nahas

16 Nov 2026 • 9:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua maut tersepit akibat nahas

KOTA TINGGI – Dua maut manakala tiga lagi terselamat apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 52.5 Lebuh Raya Senai-Desaru selepas Desaru awal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 1.49 pagi itu mengakibatkan dua lelaki berusia 26 dan 58 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Hazmi Zulkafli berkata, kemalangan itu melibatkan kenderaan utiliti sukan jenis Proton X70, kereta Proton Persona dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Unser.

Katanya, lelaki berusia 58 tahun itu menaiki Proton X70 manakala lelaki 26 tahun tersebut merupakan pemandu Proton Persona dan kedua-duanya tersepit.

“Proton X70 dinaiki tiga orang manakala Proton Persona dan Toyota Unser masing-masing seorang. Mangsa tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan hyraulic cutter,” katanya.

Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat dua jam kemudian. – KOSMO! ONLINE

The post Dua maut tersepit akibat nahas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved